Monday 12 January 2015

Final Year Project 1


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah harini aku telah habis final exam. Sukaa sangat. Sebab tak payah nak menghadap buku 24/7. Haha. Yelah, kau bayangkan masa study week dan juga gap waktu exam tu. Bangun tido menghadap buku, lepas solat makan semua tengok balik buku. Sampai nak muntah hijau dah tengok buku tu. Hanya akan berhenti rehat untuk solat dan makan. Cecehh. Macam lah aku rajin bebenauu kan belajar je kerja. Adalah masa aku sikit sikit layan facebook, whatsapp dan sebagainya :P. Tetapi semalam aku berjaya tidak membuka mobile data selama satu hari. Teror takk? Tengok kakilah beb. InshaAllah aku harap result nanti baik baik je. Semoga Engkau permudahkan Ya Allah. Amiin.

Hmmm disebabkan aku mempunyai bosan yang agak melampau. Jadi harini aku nak cerita pengalaman aku sewaktu menghantar kertas kerja projek 1 aku. 

3 minggu lepas, kami semua pelajar tahun 3 Fakulti Sains dan Sumber Alam perlu menghantar kertas kerja projek 1 selewat-lewatnya pada tarikh 26 Disember 2014. So, aku dan kawan baik aku Kasmayanti (Kas) konon2 nak hantar awal sikit supaya tidak kelam kabut dan untuk memberi ruang untuk study subjek final exam. Maka kami pun bersengkang mata semata-mata untuk menyiapkan kertas kerja tu tepat pada target yang telah dirancag.

Pada hari kejadian, semuanya berjalan dengan lancar. Bersemangat kami nak hantar sebab memang dah tak tahan nak tengok skrip tu lagi. Kau akan rasa tak puas hati selagi benda tu ada kat tangan kau. Tetapi malam tidak semestinya indah, siang tak semestinya cerah. Masa kami nak hantar proposal tersebut di pejabat, ada kesalahn pada cover depan kami iaitu tahun. Orang lain semua buat 2015. Kitorang je buat 2014. So no choice, terpaksa balik untuk print baru. Kitorang pon cepat cepatlah balik untuk betulkan. Then, Kas punya salinan ( FYI: kena ada dua salinan) belum tebuk binding kat tepi. Jadi kitorang pon pergilah buat kat kedai photostat tepi 1B tu. 1B ni mall yang disingkatkan dari perkataan Borneo. Lepas tu tengah syok2 kitorang borak tetiba akak tu kata mesin tersekat. Pulak dah. Kitorang dah lah kejar masa sebab office hour kan. Aku buat relax je padahal dalam hati hanya Allah yang tahu. Huhu. Akak tu pulak kata memang tak boleh buat apa. Kalau dia tarik kertas tu akan koyak. Kas dah mati kutu. Aku macam biasa bajet2 konon cool lah sangat =,=

Then memang takde pilihan lain. Terpaksa naik bilik balik untuk print baru. Mood masing masing dah swing sebab akak tu lah punya pasal. Arghhhh. Nasib baik lepas tu Alhamdulillah semua dah settle dan kitorang pon bergegas untuk hantar. Tetapi ada satu lagi masalah. Aku kena bukak balik lubang binding tu untuk tambah kertas. Disebabkan aku punya lubang tak sama dengan kedai tu, aku pon pergilah kedai lain. Sampai pulak kedai tu, boleh pulak dia tersalah buat pergi terbalik. Aihhhh. Aku bengang je waktu tu sebab lagi satu jam nak pukul 5. Aku pon cepat cepat naik atas untuk print baru. Sudah jatuh ditimpa tangga.  Memang dugaan sangat-sangat. Then waktu nak bayar dia charge aku RM4. Aku terkejut ternganga terlopong semua adalah dengar jumlah tu. Aku mintak tolong tebuk lubang je kot. Ring dan semua benda aku dah ada. So apehal pulak nak charge aku mahal2 pulak. Siap bergaduh okay aku dengan abg kedai tuu. *Aku mana boleh kalah* Hahaha. Siap abang tu warning cakap macam ni " lain kali awak jangan datang sini lagi. Dah tau nak pakai mesin ni semua memang la kena charge". Aku diam je. Malas nak bertengkar sebab aku takut aku mengamuk. Kang habis satu kedai tu aku campak barang-barang dia.

Ni masa kakak tu dok sebok menarik kertas dari mesin binding. Hmmm
Lepas tu kami pon pergilah hantar ke pejabat. Alhamdulillah lega sangat bila dah hantar tu. Rasa macam hilang satu beban kat bahu tu. Waktu otw nak balik, Amboiii mak kau, hujan bukan main lebat lagi. Dahlah kitorang tak bawak payung. Apalagi memang redah hujan la jawabnya. Tapi Allah itu sangat pemurah dan penyayang, Ada satu kereta  berhenti untuk tumpangkan kitorang. Dan Alhamdulillah orang tu memang aku kenal sngat dah. Nisa si conel :).  Aku bersyukur sangat sebab dapat balik tanpa redah hujan. Kekeke~

Maka, kertas kerja projek akhir aku dah siap dan dah hantar pon kat pejabat. Alhamdulillah selamat dihantar setelah beberapa ujian yg agak mencabar. Bak kata orang, ujian itu mematangkan diri kita :)

Hasil titik peluh aku selama satu semester :). Peace yo!!

Inilah alkisah behind the scene FYP 1 aku. Nanti aku akan buat post special tentang projek aku. Mesti korang tertanya tanya kan? *Perasan sangat* Btw, projek aku sangatlah best dan aku harap berjaya lah, InshaAllah. Doakan aku ye!







No comments:

Post a Comment