Friday 4 May 2018

Aku dan Masakan (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t

Harini jadual aku tak packed sangat. Kelas tambahan pun takde cuma tengah hari ni aku nak pergi kenduri aqiqah kawan satu sekolah ni dekat Tulang Rimau. Aku pun tak pernah tahu wujudnya nama tempat macam tu. Dia macam kelakar and macam takut sikit pun ada. Hahaha. So sambil-sambil aku tunggu kawan aku datang pick up aku dekat rumah (well puteri raja kan kahkahh) maka untuk mengisi kebosanan dan kepenatan menunggu lebih baik aku cerita tentang pengalaman memasak aku. Cehhh gaya macam pro. Tunggu dulu kau tak dengar lagi cerita hebat aku hahaha.

Sekarang ni umur aku 25 tahun. To be exactly 24 tahun 2 bulan 24 hari. Kalau aku tak salah kira lah hehe. Aku rasa dalam tahun ni kira hebat jugak aku kerana berjaya memasak beberapa jenis masakan. Berbanding tahun lepas mungkin 3 kali rasanya aku masuk dapur untuk memasak. Haaa hebat tak. Ok itu baru sikit. Nak waming up hehe. Dulu waktu zaman sekolah rendah rasanya aku rajin je tolong-tolong sikitlah kat dapur tu. Masuk sekolah menengah dah duduk asrama. Aku yang nak masuk asrama walaupun rumah sejengkal sebab rasa macam dewasa gitu. Tapi dah masuk asrama setiap minggu suruh parents datang kalau minggu tu tak boleh balik. Aku bukan mengada tetapi aku perlukan semangat untuk terus cemerlang dalam pelajaran. Boleh terima tak alasan tu hahaha. And waktu degree aku telah tercampak ke negeri di bawah bayu. Maka makin jaranglah aku masuk ke dapur. 

Ok back to story masak tadi. Aku sebenarnya nak cerita pengalaman aku memasak spaghetti bolognese dengan jayanya. Haha. Panjang pulak aku mukaddimah kan. Ok kat bawah ni aku senaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat spaghetti bolognese style aku. Ulang sekali lagi. Style aku okay hehe. 

Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan
1. Bawang putih (seulas) -hiris
2. Bawang holland (2 biji) -potong dadu
3. Capsicum (betul ke tak aku eja haha. Yang ni separuh je)-potong dadu
4. Daging cincang (aku beli jenama Ramly)
5. Sosej nutriplus 
6. Sos Spaghetti jenama Adabi
7. Separuh paket spaghetti
8. Sos cili
9. Serbuk Oregano


Aku rasa tu je bahan-bahan yang aku pakai. Kalau aku ada terlupa tu kira secret recipe aku lah hahaha. 

Ok mula2 kau tumis je bawang putih, bawang holland, capsicum tu dulu. Aku tumis menggunakan minyak zaitun barulah sihat hehe. Lepas  tu agak2 macam dah wangi masukkan daging cincang tu sampai la dia masak. Aku pun taktau time bila dia masak sebab aku tanya mak "Dah masak ke belum daging ni" Hahaha. Oh ya untuk menjimatkan masa, waktu kau potong-potong bahan yang patut dicincang tu kau rebuslah spaghetti tu dulu. Barulah boleh dinamakan suri rumah berjaya kerana menjimatkan masa dan tenaga. Hehe. Ok lepas tu bila daging tu dah masak semua, letak sos spaghetti, sos cili dan sosej yang telah digoreng terlebih dahulu. Sebab taktaulah aku suka kalau dia dah goreng dahulu nampak teksturnya lebih kental. Cehh pandai-pandai je aku. Then for the final touch kau letak garam secubit dan serbuk oregano. Then siap!

Inilah dia spaghetti yang aku masak. Tak hebat mana pun. Tapi ok lah Hahaa

Ok kawan aku pun dah sampai. Nanti aku sambung cerita ok Hehe



Wednesday 15 June 2016

Hari Jubah

Assalamualaikum w.b.t





Pada tanggal 21 November 2015, aku telah berjaya menamatkan pengajian sebagai seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik dengan Elektronik, Universiti Malaysia Sabah. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab dapat graduate on time bersama kawan-kawan aku. 

As a token of appreciation, i would like to wish million thanks to those peoples who supported me until the end. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapaku,  En Ismail bin Othman dan Pn Rahimah binti A. Rahman sebab selalu bagi nasihat dan menjadi bank aku bila duit bulan-bulan dah kering. Hahaha. 

Terima kasih kepada supervisor ku, PM Dr Jedol Dayou kerana banyak bantu dalam menyumbangkan idea dan pendapat untuk final year project aku. Terima kasih atas masa yg Dr korbankan untuk kami. Ingat lagi..ada sekali tu, sampai malam kami stay di SST sebab buat mock presentation untuk Viva 2. Thank you so much Dr because even until now you always give motivation to me to further study. 

Terima kasih juga diucapkan kepada kawan-kawan yang selalu ada bila aku susah, bila aku rasa down, give up, nak berhenti study semua lahh *ok jangan over sangat*. Thank you so much SuIdRa( Ni nama geng kami, nama penuh harus dirahsiakan hahaha)- kas, fiera, lubna, fatinah, bedah, dianah, nisa. Thanks korang sebab sabar melayan kerenah kita sepanjang 3 tahun and all the memories i will kept tightly in my heart. No one can replace all of you in my heart. All 7 of you are really special to me. Ahhhhhhhh rinduuu la kat korang!!!!!

Terima kasih jugak kepada semua geng2 Kelab Rakan Masjid(KRM). Otai-otai aku pun, aku follow jugak budak-budak masjid nii. Hahhahahaa. Thank you Family 15. Memang ohsem dapat adik beradik yang comel, kelakar dan yang paling penting selalu tegur apa je kesalahan aku. 

And last but not least, to those people who always support me, whenever you are im really appreciate that. Walau sekecil-kecil kebaikan yang korang buat, semoga Allah nilai dan beri ganjaran yang lebih besar di akhirat kelak. Thank you!!

 Alhamdulillah Im officially graduated! Yeayyyy. Congrates dear :)


Apesal muka ayah aku macam tuuuuu

Yeahhhhh! We did it girls

Congaratulations all

Yang tak boleh bla tu kitorang siap upah photoghrapher nak ambil gambar konvo niii. Bajet-bajet artis kejap. Takpelah bukan selalu pun kan. Kahkahhh


The Author,
Dr. Nur Hamizah Ismail


Tuesday 12 April 2016

Lonely journey

Assalamualaikum w.b.t

Lama sangat aku tak menulis.I really dont have an idea to start writing. Dan kemalasan melanda kadang kadang membuatkan aku mencoretkan hari-hari yang berlalu melalui notes di tablet aku ataupun gambar. Sebab zaman sekarang dah canggih. Diary pun kau boleh ada dalam tab je. So bila kau bosan dan tiba-tiba rasa nak menulis, kau boleh capai tab dalam handbag and here you go, start writing!

So, today i want to describe about my lonely journey at UiTM Shah Alam. Yes, im upgrading the level of education of mine from Bachelor Physic Electronic to MSc Physic (Semiconductor). And this lonely journey i choose i cannot step back. No and NEVER! Kau yang buat keputusan ini dan kau kena habiskan apa yang kau dah mulakan. Memang aku akui sangat2 tough bergelar seorang pelajar sarjana. Baru 2 bulan aku dah rasa macam nak quit. Ya Allah berilah aku kekuatan. Hari2 aku doa supaya aku diberi kekuatan untuk meneruskan dan menghabiskan pengajian ku ini. Lagi-lagi di tempat yang agak asing bagi aku. Kampus baru, Lecturer baru, Kawan baru dan segalanya yang baru dan asing bagi aku.

Dekat UiTM Shah Alam ni aku ambil master by research. Bila buat research ni, Automatically kelas takde dan seluruh kehidupan aku dekat universiti ni adalah bergantung harap pada supervisor dan co-supervisor. Memang hidup hari-hari dengan diorang. So rutin harian aku, aku akan keluar pagi dan balik petang sama macam orang pergi kerja. Ada juga hari2 aku balik malam tapi tak selalu lah. Aku kena kekalkan momentum ni sebab masa tu kena urus betul2. Kau takde kelas kot, So everyday is a holiday ( as said by the dean of postgraduate studies) * Banyak lah kau punya holiday sebab otak ni hari2 akan bekrja. Even makan pun otak akan berfikir, Apalah nak buat dengan reserach ni and how to get the result an so on*

So kesimpulannya, aku kena azam dan kuatkan diri dengan jalan yang dipilih ni. Memang aku nak sambung master sebab cita2 aku nak jadi pensyarah. So nak tak nak memang kena sambung. Aku suka sangat2 mengajar. Its a part of my passion. Dan aku berharap aku dapat habiskan master with GOT. Apa yang kau dah pilih sekarang, kau tak boleh nak patah balik. So apa yang boleh buat, lalui hari-hari yang mendatang dengan happy dan ceria ( walaupun kau memang forever alone dan takde kawan. Sobbsss).

Next update aku akan cerita sikit pecahan untuk master ni. Mana tau ada yang berminat nak sambung master. Hehe. So bolehlah dijadikan panduan. And i will update also a little bit about my research project :)

Sebelum tu, mari kita murnikan dengan hashtag  #journeytophD. Hehe. Berangan dulu barulah menjadi :P. Amin InshaAllah




Kenangan sewaktu membuat experimen di Makmal Elektronik, UMS. 2015





The Author,

Dr. Nur Hamizah Ismail

Friday 19 June 2015

Farewell

Assalamualaikum
Esok adalah hari terakhir aku jumpa kawan-kawan degree aku. Sedih sebab 3 tahun kami bersama-sama mengharungi suka duka. Ok aku memang emo terlebih malam ni sebab aku tulis ni pon sambil mengalir air mataku. Sobsssss *wuwuuuuu*

Sungguh aku tak mampu nak menghadapi hari esok. Aku tau air mata ni akan keluar esok. Aku kalau boleh taknak menghadapi hari esok sebab aku memang benci feeling2 macam ni. Harini je dah berapa kali aku menangis bila teringat kat kawan-kawan aku. Every end of our story and convesartion, mesti keluar ayat macam ni  

" Nanti tak dapat lagi dah nak sama2 macam ni. Harini hari last kita buat semua ni"

" Harini last day lah kita boarak2 macam ni. Awak datang bilik kita, kita datang bilik awak"

" Lepas ni kita nak cerita semua benda-benda ni kat sap? Mizah dah takde"

" Korangg, Start esok kita bukak puasa sorang2 lah"

Yesss! Setiap kali berborak untuk harini mesti keluar ayat camtu. Dan aku macam biasa berusaha semaksimum mungkin untuk tak nangis masa tu jugak. Jatuhlah gentleman aku. Wakakaka. Sumpah aku sedih sangat sekarang nii. Ya Allah kau beri aku kekuatan :'(

Dear friends,

Terima kasih kerana menjadi kenangan yang paling terindah dalam hidupku. Andai masa bisa diputar pasti aku akan menghargai setiap saat bersamamu, pasti aku akan selalu membuat kau tersenyum. Lepas ni semua akan bawa haluan masin-masing. Kau kau dan aku aku. Walaupun kita jauh terpisah tapi namamu akan ku kenang dalam setiap doaku. Semoga kita dapat bertemu suatu hari nanti. Sungguh aku pasti merindui saat kita bersama. Buat kerja gila yang orang tak pernah buat. Borak sampai lewat malam. Datang bilik semata-mata sebab nak kacau korang buat kerja and study. Nangis sama sama bila sedih. Gelak sampai tak ingat dunia dan anggap dunia ni kita yang punya. Window shopping sampai kedai pon dah dapat detect muka korang yang bukan nak beli pon. Makan sampai perut ni rasa nak meletop. Jalan kaki semata-mata nak pergi try restoren sekitar KK. Sunggu aku pasti merindui semua itu!!!

Jom kita throwback our beautiful memories :) 


Kota KInabalu tour. Jalan jalan pusing bandar KK. *Fiera jangan buat muka comel sangat boleh tak?*


Bukit Kokol.
Sakinah Alfiera Hamizah Lubna THE COMEL


We are here. LABUAN


Runnung E-man. Our group! MERAH


Birthday girl Alfiera. Tolong matang sikit sebab awak nak kahwin dah


Hey my baby, please take care of yourself. Surely i miss u a lot *sedih* She is my BFF since first year


A day to Kudat. Simpang Mengayau sumpah cantik gilaa

There are many more memories. I will remember every inch and every second of our priceless time together :) ^_^



Regards.
wardah297

Sunday 14 June 2015

She's married

Assalamualaikum w.bt

12 jun 2015 Alhamdulillah dia telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan. Im really happy. Shes  so pretty on her wedding day. Simple but so adorable. Hikssss

Perkahwinan mereka simple. Inai pon dia tak pakai. Dan tiada karoeke dan lagu2 pelik. Nasyid dan alunan ayat quran bermain sewaktu majlis. Even husband dia sendiri yg baca doa dan ayat quran sebagai permulaan majlis. Ya Allah kau berkati pasangan ini sehingga ke akhirnya inshaAllah.

Siapa dia?

Siapa

Siapa siapaa

Siapaaaaaaaaaaa?



Tahniah Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana Asri


For more pictures of their wedding check it out at their official intagram @dr.afl. Cantikk confirm korang macam ternganga mulut. Haha



Monday 12 January 2015

Final Year Project 1


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah harini aku telah habis final exam. Sukaa sangat. Sebab tak payah nak menghadap buku 24/7. Haha. Yelah, kau bayangkan masa study week dan juga gap waktu exam tu. Bangun tido menghadap buku, lepas solat makan semua tengok balik buku. Sampai nak muntah hijau dah tengok buku tu. Hanya akan berhenti rehat untuk solat dan makan. Cecehh. Macam lah aku rajin bebenauu kan belajar je kerja. Adalah masa aku sikit sikit layan facebook, whatsapp dan sebagainya :P. Tetapi semalam aku berjaya tidak membuka mobile data selama satu hari. Teror takk? Tengok kakilah beb. InshaAllah aku harap result nanti baik baik je. Semoga Engkau permudahkan Ya Allah. Amiin.

Hmmm disebabkan aku mempunyai bosan yang agak melampau. Jadi harini aku nak cerita pengalaman aku sewaktu menghantar kertas kerja projek 1 aku. 

3 minggu lepas, kami semua pelajar tahun 3 Fakulti Sains dan Sumber Alam perlu menghantar kertas kerja projek 1 selewat-lewatnya pada tarikh 26 Disember 2014. So, aku dan kawan baik aku Kasmayanti (Kas) konon2 nak hantar awal sikit supaya tidak kelam kabut dan untuk memberi ruang untuk study subjek final exam. Maka kami pun bersengkang mata semata-mata untuk menyiapkan kertas kerja tu tepat pada target yang telah dirancag.

Pada hari kejadian, semuanya berjalan dengan lancar. Bersemangat kami nak hantar sebab memang dah tak tahan nak tengok skrip tu lagi. Kau akan rasa tak puas hati selagi benda tu ada kat tangan kau. Tetapi malam tidak semestinya indah, siang tak semestinya cerah. Masa kami nak hantar proposal tersebut di pejabat, ada kesalahn pada cover depan kami iaitu tahun. Orang lain semua buat 2015. Kitorang je buat 2014. So no choice, terpaksa balik untuk print baru. Kitorang pon cepat cepatlah balik untuk betulkan. Then, Kas punya salinan ( FYI: kena ada dua salinan) belum tebuk binding kat tepi. Jadi kitorang pon pergilah buat kat kedai photostat tepi 1B tu. 1B ni mall yang disingkatkan dari perkataan Borneo. Lepas tu tengah syok2 kitorang borak tetiba akak tu kata mesin tersekat. Pulak dah. Kitorang dah lah kejar masa sebab office hour kan. Aku buat relax je padahal dalam hati hanya Allah yang tahu. Huhu. Akak tu pulak kata memang tak boleh buat apa. Kalau dia tarik kertas tu akan koyak. Kas dah mati kutu. Aku macam biasa bajet2 konon cool lah sangat =,=

Then memang takde pilihan lain. Terpaksa naik bilik balik untuk print baru. Mood masing masing dah swing sebab akak tu lah punya pasal. Arghhhh. Nasib baik lepas tu Alhamdulillah semua dah settle dan kitorang pon bergegas untuk hantar. Tetapi ada satu lagi masalah. Aku kena bukak balik lubang binding tu untuk tambah kertas. Disebabkan aku punya lubang tak sama dengan kedai tu, aku pon pergilah kedai lain. Sampai pulak kedai tu, boleh pulak dia tersalah buat pergi terbalik. Aihhhh. Aku bengang je waktu tu sebab lagi satu jam nak pukul 5. Aku pon cepat cepat naik atas untuk print baru. Sudah jatuh ditimpa tangga.  Memang dugaan sangat-sangat. Then waktu nak bayar dia charge aku RM4. Aku terkejut ternganga terlopong semua adalah dengar jumlah tu. Aku mintak tolong tebuk lubang je kot. Ring dan semua benda aku dah ada. So apehal pulak nak charge aku mahal2 pulak. Siap bergaduh okay aku dengan abg kedai tuu. *Aku mana boleh kalah* Hahaha. Siap abang tu warning cakap macam ni " lain kali awak jangan datang sini lagi. Dah tau nak pakai mesin ni semua memang la kena charge". Aku diam je. Malas nak bertengkar sebab aku takut aku mengamuk. Kang habis satu kedai tu aku campak barang-barang dia.

Ni masa kakak tu dok sebok menarik kertas dari mesin binding. Hmmm
Lepas tu kami pon pergilah hantar ke pejabat. Alhamdulillah lega sangat bila dah hantar tu. Rasa macam hilang satu beban kat bahu tu. Waktu otw nak balik, Amboiii mak kau, hujan bukan main lebat lagi. Dahlah kitorang tak bawak payung. Apalagi memang redah hujan la jawabnya. Tapi Allah itu sangat pemurah dan penyayang, Ada satu kereta  berhenti untuk tumpangkan kitorang. Dan Alhamdulillah orang tu memang aku kenal sngat dah. Nisa si conel :).  Aku bersyukur sangat sebab dapat balik tanpa redah hujan. Kekeke~

Maka, kertas kerja projek akhir aku dah siap dan dah hantar pon kat pejabat. Alhamdulillah selamat dihantar setelah beberapa ujian yg agak mencabar. Bak kata orang, ujian itu mematangkan diri kita :)

Hasil titik peluh aku selama satu semester :). Peace yo!!

Inilah alkisah behind the scene FYP 1 aku. Nanti aku akan buat post special tentang projek aku. Mesti korang tertanya tanya kan? *Perasan sangat* Btw, projek aku sangatlah best dan aku harap berjaya lah, InshaAllah. Doakan aku ye!







Friday 9 January 2015

Kelahiran Baru


Hai Assalamualaikum :)

Aku tak tau kenapa lah aku sign in blogger.com ni. Haha. Sejak dua menjak ni fikiran apa yang telah meracuni otak aku yang membuatkan aku tiba-tiba rasa nak menulis balik. Yeah, writing is my passion. Cuma kadang-kadang masa aku yang terlalu sibuk tu je yang membuatkan aku jarang untuk meng-update. 

Dulu, awal tahun 2008 aku ada blog dan aku sangat rajin menulis. *Rajin ke??*. Dan pada ketika itu, dunia blog sangatlah popular dalam kalangan semua kawan-kawan sekolah aku. So sape yang ada blog ni kira macam hot habislah. Yang takde macam looser. Kekeke. Sukahati aku je nak label orang. Lepas makan tengah hari tadi aku mencapai laptop di bawah katil dan start google. Tiba-tiba aku rasa macam nak melawat blog aku yang setelah 3 tahun tidak berbuka. Huh. Kalau rumah tinggal pon boleh berhantu tauu. 

Jadi aku start scroll satu per satu. Kelakar sangat bila aku baca balik hasil tulisan aku dulu. Macam budak-budak betol. Yelah dah memang aku budak kot time tu. Haha. So lepas habis aku scroll rasa macam nak sign in balik dan buat post baru. Tetapi malangnya, pakcik blogger telah mengeluarkan ayat ini :

"you are not authorized this blog yet"

Terus jatuh merudum semangatku. Hmmm. Betol ke eh memang tak boleh sign in?  Ke kau ni je yang dah tak ingat email apa yang kau daftar dulu.  Sukahati nak salahkan google. Dan aku pon malas nak ingat balik apalah email aku waktu aku daftar. Yahoo ke google eh? Ada sape sape boleh tolong? Hahaha

Maka lahirlah blog ini dengan gaya penulisan yang baru. Cecehhh. Dan inshaAllah aku akan tulis kisah dan pengalaman menarik untuk dikongsi. *Kau bajet artis je. Ingat ada ke org nak review*. Salah satu sebab lain aku menulis ni untuk sebarkan something untuk yang diluar sana dan sebagai bacaan kepada kawan-kawan aku yang nak tahu perkembangan aku kat Sabah negeri bawah bayu ni :)

P/s: Special credit kat kawan aku sejak sekolah menengah kerana dia sangat istiqomah dalam penulisan dia. Since 2008 beb! Dan aku telah mengikuti perkembangan dia yang sekarang ni amek medical kat Banglore,India.


Doakan aku graduate tepat pada masanya iaitu November 2015 inshaAllah ^_^


Oh ya sebelum aku terlupa. Biarlah blog aku yang dulu-dulu tu jadi kenangan untuk aku ketawa sorang-sorang bila bosan  =,=