Friday 9 January 2015

Kelahiran Baru


Hai Assalamualaikum :)

Aku tak tau kenapa lah aku sign in blogger.com ni. Haha. Sejak dua menjak ni fikiran apa yang telah meracuni otak aku yang membuatkan aku tiba-tiba rasa nak menulis balik. Yeah, writing is my passion. Cuma kadang-kadang masa aku yang terlalu sibuk tu je yang membuatkan aku jarang untuk meng-update. 

Dulu, awal tahun 2008 aku ada blog dan aku sangat rajin menulis. *Rajin ke??*. Dan pada ketika itu, dunia blog sangatlah popular dalam kalangan semua kawan-kawan sekolah aku. So sape yang ada blog ni kira macam hot habislah. Yang takde macam looser. Kekeke. Sukahati aku je nak label orang. Lepas makan tengah hari tadi aku mencapai laptop di bawah katil dan start google. Tiba-tiba aku rasa macam nak melawat blog aku yang setelah 3 tahun tidak berbuka. Huh. Kalau rumah tinggal pon boleh berhantu tauu. 

Jadi aku start scroll satu per satu. Kelakar sangat bila aku baca balik hasil tulisan aku dulu. Macam budak-budak betol. Yelah dah memang aku budak kot time tu. Haha. So lepas habis aku scroll rasa macam nak sign in balik dan buat post baru. Tetapi malangnya, pakcik blogger telah mengeluarkan ayat ini :

"you are not authorized this blog yet"

Terus jatuh merudum semangatku. Hmmm. Betol ke eh memang tak boleh sign in?  Ke kau ni je yang dah tak ingat email apa yang kau daftar dulu.  Sukahati nak salahkan google. Dan aku pon malas nak ingat balik apalah email aku waktu aku daftar. Yahoo ke google eh? Ada sape sape boleh tolong? Hahaha

Maka lahirlah blog ini dengan gaya penulisan yang baru. Cecehhh. Dan inshaAllah aku akan tulis kisah dan pengalaman menarik untuk dikongsi. *Kau bajet artis je. Ingat ada ke org nak review*. Salah satu sebab lain aku menulis ni untuk sebarkan something untuk yang diluar sana dan sebagai bacaan kepada kawan-kawan aku yang nak tahu perkembangan aku kat Sabah negeri bawah bayu ni :)

P/s: Special credit kat kawan aku sejak sekolah menengah kerana dia sangat istiqomah dalam penulisan dia. Since 2008 beb! Dan aku telah mengikuti perkembangan dia yang sekarang ni amek medical kat Banglore,India.


Doakan aku graduate tepat pada masanya iaitu November 2015 inshaAllah ^_^


Oh ya sebelum aku terlupa. Biarlah blog aku yang dulu-dulu tu jadi kenangan untuk aku ketawa sorang-sorang bila bosan  =,=

No comments:

Post a Comment