Friday 4 May 2018

Aku dan Masakan (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t

Harini jadual aku tak packed sangat. Kelas tambahan pun takde cuma tengah hari ni aku nak pergi kenduri aqiqah kawan satu sekolah ni dekat Tulang Rimau. Aku pun tak pernah tahu wujudnya nama tempat macam tu. Dia macam kelakar and macam takut sikit pun ada. Hahaha. So sambil-sambil aku tunggu kawan aku datang pick up aku dekat rumah (well puteri raja kan kahkahh) maka untuk mengisi kebosanan dan kepenatan menunggu lebih baik aku cerita tentang pengalaman memasak aku. Cehhh gaya macam pro. Tunggu dulu kau tak dengar lagi cerita hebat aku hahaha.

Sekarang ni umur aku 25 tahun. To be exactly 24 tahun 2 bulan 24 hari. Kalau aku tak salah kira lah hehe. Aku rasa dalam tahun ni kira hebat jugak aku kerana berjaya memasak beberapa jenis masakan. Berbanding tahun lepas mungkin 3 kali rasanya aku masuk dapur untuk memasak. Haaa hebat tak. Ok itu baru sikit. Nak waming up hehe. Dulu waktu zaman sekolah rendah rasanya aku rajin je tolong-tolong sikitlah kat dapur tu. Masuk sekolah menengah dah duduk asrama. Aku yang nak masuk asrama walaupun rumah sejengkal sebab rasa macam dewasa gitu. Tapi dah masuk asrama setiap minggu suruh parents datang kalau minggu tu tak boleh balik. Aku bukan mengada tetapi aku perlukan semangat untuk terus cemerlang dalam pelajaran. Boleh terima tak alasan tu hahaha. And waktu degree aku telah tercampak ke negeri di bawah bayu. Maka makin jaranglah aku masuk ke dapur. 

Ok back to story masak tadi. Aku sebenarnya nak cerita pengalaman aku memasak spaghetti bolognese dengan jayanya. Haha. Panjang pulak aku mukaddimah kan. Ok kat bawah ni aku senaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat spaghetti bolognese style aku. Ulang sekali lagi. Style aku okay hehe. 

Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan
1. Bawang putih (seulas) -hiris
2. Bawang holland (2 biji) -potong dadu
3. Capsicum (betul ke tak aku eja haha. Yang ni separuh je)-potong dadu
4. Daging cincang (aku beli jenama Ramly)
5. Sosej nutriplus 
6. Sos Spaghetti jenama Adabi
7. Separuh paket spaghetti
8. Sos cili
9. Serbuk Oregano


Aku rasa tu je bahan-bahan yang aku pakai. Kalau aku ada terlupa tu kira secret recipe aku lah hahaha. 

Ok mula2 kau tumis je bawang putih, bawang holland, capsicum tu dulu. Aku tumis menggunakan minyak zaitun barulah sihat hehe. Lepas  tu agak2 macam dah wangi masukkan daging cincang tu sampai la dia masak. Aku pun taktau time bila dia masak sebab aku tanya mak "Dah masak ke belum daging ni" Hahaha. Oh ya untuk menjimatkan masa, waktu kau potong-potong bahan yang patut dicincang tu kau rebuslah spaghetti tu dulu. Barulah boleh dinamakan suri rumah berjaya kerana menjimatkan masa dan tenaga. Hehe. Ok lepas tu bila daging tu dah masak semua, letak sos spaghetti, sos cili dan sosej yang telah digoreng terlebih dahulu. Sebab taktaulah aku suka kalau dia dah goreng dahulu nampak teksturnya lebih kental. Cehh pandai-pandai je aku. Then for the final touch kau letak garam secubit dan serbuk oregano. Then siap!

Inilah dia spaghetti yang aku masak. Tak hebat mana pun. Tapi ok lah Hahaa

Ok kawan aku pun dah sampai. Nanti aku sambung cerita ok Hehe



No comments:

Post a Comment